SOP PPN (Pelan Pemulihan Negara) Fasa 1, 2, 3 dan 4 – BERKUATKUASA 21 OGOS 2021
Beberapa kemudahan dan kelonggaran SOP bagi penerima vaksin lengkap telah diumumkan oleh kerajaan.
Antaranya adalah kemudahan dine-in, aktiviti rekreasi dan kapasiti kenderaan.
Sila rujuk maklumat lanjut dalam penerangan di bawah:

TERKINI | Aktiviti makan di restoran (dine-In) kini dibenarkan di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 20 Ogos 2021

KEMUDAHAN TAMBAHAN SEKTOR SOSIAL DAN EKONOMI BAGI INDIVIDU YANG TELAH MENERIMA VAKSINASI LENGKAP
Sidang Khas MKN pada hari ini telah bersetuju untuk memberikan kemudahan-kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri-negeri di dalam Fasa 1 PPN.
Penting untuk dijelaskan bahawa seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
a) Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Contohnya Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; dan
b) Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Contohnya Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
Kemudahan-kemudahan tambahan yang dibenarkan bagi sektor sosial secara amnya adalah seperti berikut:
a. Aktiviti Dine-In kini DIBENARKAN bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN dan seterusnya:
i. Saya ingin menyarankan kepada pengusaha-pengusaha premis kedai makan supaya menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik. Risiko penyebaran virus COVID-19 adalah jauh lebih tinggi di dalam premis berbanding di luar.
ii. Pemilik premis kedai makan perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.
iii. Bagi pasangan yang telah menerima vaksinasi lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis kedai makan, pastikan anak-anak anda mematuhi SOP yang ketat.
b. Aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) juga DIBENARKAN bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN dan seterusnya serta terpakai di dalam daerah yang sama sahaja.
i. Aktiviti sukan dan rekreasi amat penting bagi memastikan tahap kesihatan minda dan kecergasan fizikal yang baik. Oleh itu, aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
ii. Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah DIBENARKAN selaras dengan kebenaran dine-in. Pemilik premis perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.
iii. Operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah TIDAK DIBENARKAN. Ini bagi mengelakkan perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan.
iv. Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.
v. Aktiviti yang dibenarkan juga termasuklah perkelahan dan perkhemahan. Penyertaan anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah adalah dibenarkan dengan pematuhan SOP yang ketat.
Sidang Khas MKN juga bersetuju memberikan kemudahan tambahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran bagi Fasa 1 PPN dan seterusnya.
Kemudahan yang dibenarkan secara amnya adalah seperti berikut:
a. Operasi Pasar Malam dan Pasar Minggu adalah DIBENARKAN
i. Pihak penguatkuasa yang berkenaan serta pemilik premis perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.
Kesemua kemudahan yang saya umumkan hari ini akan mula berkuatkuasa pada JUMAAT, 20 OGOS 2021.
Sektor Yang Dibenarkan Beroperasi Bagi Fasa 1, 2 dan 3 (Berkuatkuasa 16 Ogos 2021)
Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran berkuatkuasa 16 Ogos 2021, melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan kembali beroperasi di dalam Fasa 1 iaitu:
- Kedai cuci kereta
- Kedai elektrik dan elektronik
- Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
- Kedai perabot
- Kedai peralatan sukan
- Kedai aksesori kereta
- Pusat pengedaran dan jualan kereta
- Pasar pagi dan pasar tani sahaja
- Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
- Kedai barang kemas
- Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)
Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap







Untuk mengetahui SOP terkini PPN Fasa 1, 2 dan 3 dan 4, kini ia boleh dilayari hanya di hujung jari anda.
Rujuk ringkasan MKN melalui infografik berikut:






KEBENARAN BEROPERASI BAGI SEKTOR PERDAGANGAN PENGEDARAN YANG DIBENARKAN BEROPERASI DI BAWAH FASA PELAN PEMULIHAN NEGARA.
Sumber: KPDNHEP (18 Ogos 2021)



Semakan SOP Terkini PPN Bagi Setiap Negeri
Apakah Pelan Pemulihan Negara (PPN)?
Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah sebuah pelan dinamik yang sentiasa ditambah baik mengikut keperluan semasa. Menerusi pendekatan ‘whole-of-nation’, Kerajaan, menerusi Majlis Pemulihan Negara, secara berterusan mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak termasuk wakil-wakil dari parti politik serta pakar-pakar pelbagai bidang untuk memastikan pelaksanaan PPN mengambil kira semua aspek penting demi memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.
Semakan SOP PPN Fasa 1, 2, 3 dan 4 Secara Online Di Portal Rasmi Pelan Pemulihan Negara
Kini anda boleh membuat semakan SOP terkini dengan lebih mudah, cepat dan terperinci melalui laman web rasmi Pelan Pemulihan Negara yang telah dilancarkan pada 28 Julai 2021.
Melalui laman web ini, SOP terkini setiap negeri telah dikemaskini mengikut sektor masing-masing.
Sebarang maklumat terkini boleh disemak dan dirujuk melalui laman web ini dan anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana Malaysia akan keluar dari krisis pandemik COVID-19.

Add comment