1.Pandangan Pandemik di mata anak-anak
Digi mempersembahkan ‘Teladan’, iklan kemerdekaan yang memaparkan isi hati kanak-kanak yang merindukan suasana pembelajaran di sekolah, bermain bersama rakan-rakan dan belajar bersemuka dengan guru.
Pada usia kecil mereka terpaksa menerima perubahan yang berlaku di sekeliling dan memahami kesukaran yang dihadapi oleh keluarga. Namun disebalik semua itu mereka belajar erti kegigihan dan bersifat prihatin apabila melihat ibu bapa membantu masyarakat yang lebih memerlukan.
2.Semua perkara bermula dengan niat yang baik
Tenaga Nasional, ‘Raikan Malaysia Kita’ dengan membawakan kisah 4 rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan mempunyai hati yang mulia.
Bermula dengan penjual roti RM1 yang berjaya mengaji pekerja, Zero Ong yang mencipta aplikasi untuk pelajar mengulang kaji pelajaran walaupun tidak tahu tentang coding, peniaga kedai yang menyumbang makanan kepada yang memerlukan dan wanita yang sanggup menjadi ‘badut’ untuk menampung pembelanjaan memberi kucing makan.
Semua ini menyingkap kisah kebaikan yang dilakukan rakyat Malaysia, membantu sesama insan dan juga haiwan di sekeliling.
3.‘Warna’ tidak penting bila kita hidup bersama
Orang kata ‘warna’ tu penting. Perlu ke kita didefinisikan dan diasingkan mengikut warna? Kehidupan masyarakat di Malaysia menunjukkan sebaliknya, warnalah yang melambangkan jati diri dan semangat kebersamaan sesama masyarakat.
Terbaik dan ringkas mesej Kopi WONDA, hidup pastinya lebih WONDA-FUL (wonderful) bila kita bersama.
4.Gaji kena potong tapi bangkit membuka perniagaan
Rasanya ramai boleh relate apabila pendapatan dipotong akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ramai yang mendapat arahan bekerja dari rumah.
Kisah Nurul Atiqah pengasas The Pasta Kitchen Malaysia pasti memberikan inspirasi kepada ramai, dia yang sebelum ini bekerja sebagai seorang chef menerima dugaan apabila gajinya dipotong dan dia pula baru saja melahirkan anak.
Bertekad mencari jalan keluar, dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan, walaupun pada awalnya agak mencabar kini dia mampu berbangga dengan perniagaan yang dibina bersama suaminya.
5.Hero sebenar rakyat sempena Hari Kebangsaan
Membuka peluang pekerjaan ketika pandemik merupakan satu perkara yang tidak mudah dilakukan. Ketika banyak syarikat terpaksa gulung tikar, terdapat hero masyarakat yang memberi pekerjaan kepada mereka yang memerlukan.
Mereka inilah hero yang percaya setiap kegagalan merupakan langkah pertama untuk sebuah kejayaan. Mereka inilah yang memberi semangat untuk masyarakat terus berjuang,
6.Kisah sebenar hidup kejiranan
Satu lagi kisah sebenar pandemik. Semangat bersatu padu dan mengambil berat sesama jiran yang sukar kita lihat. Jika sebelum ni, jiran pun kita tak kenal. Tapi disebabkan pandemik dan banyak duduk di rumah, kita mula ada sifat ingin tahun dan lebih mengambil berat tentang jiran sekeliling.
Bersyukurlah kita hidup di bumi yang harmoni dan masyarakatnya saling menjaga diantara satu sama lain.
kami dari Undi18 ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke 64 dan Hari Malaysia ke 58. Semoga korang terhibur dengan iklan kemerdekaan yang kami share ni.
Add comment